sumber : Student Portal UiTM

Saturday, 23 April 2011
Monday, 18 April 2011
SPR-UiTM Challenge 2011

Bermula 1-3 April 2011, Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menganjurkan Program SPR-UiTM Challenge bertempat di Kem El-Azzhar, Banting. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Rakan dan Ahli Jawatan Kuasa SPR UiTM terlibat dalam menjayakan program yang telah diatur selama 3 hari tersebut.
Program SPR-UiTM Challenge 2011 ini diadakan sebagai asas pengetahuan pertama kepada semua Rakan dan Ahli Jawatan kuasa SPR UiTM yang baru di lantik dalam merancang dan mengendali program-program berkonsepkan pendidikan pencegahan rasuah dan nilai-nilai murni di kalangan warga kampus.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut yang mana mendidik dan melatih mereka untuk sentiasa berfikiran kreatif diluar kotak pemikiran (out of the box). Tidak ketinggalan juga, sesi mengenali potensi diri dan pembentukan semangat kerjasama berpasukan sebagai sebuah organisasi.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut yang mana mendidik dan melatih mereka untuk sentiasa berfikiran kreatif diluar kotak pemikiran (out of the box). Tidak ketinggalan juga, sesi mengenali potensi diri dan pembentukan semangat kerjasama berpasukan sebagai sebuah organisasi.
Program tersebut juga menjemput Ps Dr. Celemans bin Hj Kasim daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM Putrajaya yang juga merupakan seorang pakar motivasi, menyampaikan ceramah beliau bertajuk “Menyingkap Tirai Minda”. Sesi ceramah yang cukup bersemangat yang disampaikan oleh Ps Dr. Celemans itu berjaya membuka minda dan menyentuh perasaan peserta.
Dalam memahami prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak universiti, pihak SPR UiTM tidak ketinggalan menjemput wakil daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Cik Suriati binti Baharudin bagi menerangkan prosedur-prosedur berkaitan pelaksanaan sesebuah program dan keperluan-keperluan lain. Peluang ini diambil oleh semua peserta bertanya bagi mendapatkan maklumat yang jelas berhubung perkara berkaitan.

Selain ceramah dan taklimat, peserta juga dilibatkan di dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK), permainan minda, pembentangan secara individu mahupun berkumpulan serta tidak ketinggalan aktiviti fizikal “High Rope” yang menguji keyakinan dan semangat jati diri setiap peserta.
Selain daripada itu, kemeriahan program turut diserikan dengan penglibatan sama Penasihat SPR UiTM, Encik Muhamed Faeiz bin Alwee dan para pegawai SPRM Selangor yang diundang sebagai fasilitator dalam membantu memberi nasihat, merancang dan merangka aktiviti serta menerangkan berkaitan jenayah rasuah dan kaedah-kaedah pencegahan. Kumpulan 6 orang pegawai SPRM Selangor yang di ketuai oleh P/PKPj Hjh Noraini binti Mohamad turut bersama-sama peserta sepanjang program berlangsung.
sumber : Portal Rasmi SPRM
Wednesday, 23 March 2011
SPR-UiTM File Case No.01
Tarikh: 24 Mac 2011 (Khamis)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Kuliah F Bangunan Kejuruteraan UiTM Shah Alam
Semua rakan Sekretariat diwajibkan hadir. Siswa dan siswi yang berminat juga dijemput hadir.
*kupon aktiviti disediakan.
* Patuhi sahsiah rupadiri.
Friday, 18 March 2011
Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Selangor Ke UiTM Shah Alam
SHAH ALAM – Bagi memastikan kerjasama yang berterusan dalam usaha pencegahan jenayah rasuah di kalangan bakal graduan dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM Shah Alam, YBhg Prof. Dato’ Dr Abdullah bin Mohamad Said pada 22 Februari 2011 bertempat di Bangunan Canseleri, Universiti Teknologi Mara UiTM Shah Alam.
Delegasi di ketuai oleh Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Ja’afar bin Mahad, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Selangor, P/PKPj Hjh Noraini bt Mohamad, PPs Muhammad Zamani bin Othman serta Penasihat Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM En Mohamed Faeiz bin Alwee.
Pertemuan selama hampir 45 minit itu, membincangkan peluang serta usaha-usaha yang dapat dimainkan oleh pihak IPT di dalam menyebar luaskan agenda kerajaan di dalam usaha memerangi jenayah rasuah kepada bakal-bakal graduan dan komuniti pelajar. Peluang dan kesempatan ini juga di gunakan oleh pihak SPRM Selangor di dalam memperjelaskan peranan dan tanggungjawab Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM.
Ini kerana wujud segelintir pihak pengurusan Institusi Pengajian Tinggi yang menyalah ertikan kewujudan Sekretariat tersebut sebagai ejen kepada pihak SPRM dan bukan sebagai sebuah badan atau pertubuhan pelajar, di bawah Hal Ehwal Pelajar yang berperanan, menyebar luaskan mesej membenci rasuah kepada semua komuniti universiti tersebut.
Di akhir sesi tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM Shah Alam, Prof. Dato’ Dr Abdullah bin Mohamad Said, bersetuju akan sentiasa bersama-sama dan bekerjasama dengan pihak SPRM Selangor di dalam memberikan sokongan yang berterusan terhadap usaha-usaha pencegahan rasuah di kalangan warga komuniti universiti oleh Sekretariat yang telah ditubuhkan.
Monday, 14 March 2011
Mesyuarat Agung Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM Tahun 2011
Assalamualaikum .
Salam SPR-UiTM kepada semua rakan-rakan Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM
Mesyuarat Agung Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM
Sukacitanya dijemput semua Rakan Sekretariat untuk hadir pada ketetapan berikut :
Tarikh : 10 Februari 2011
Tempat : Dewan Kuliah H, Tingkat 5, Bangunan Kejuruteraan,
UiTM Shah Alam
Masa : 8.30mlm
Kepada pelajar baru yang berminat untuk menjadi Rakan Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM juga dijemput hadir ke mesyuarat ini. Sila bawa sekeping gambar dan buku catatan bersama anda.
*Patuhi Sahsiah Rupa Diri UiTM
Thursday, 18 March 2010
Sekretariat Pencegahan Rasuah di UiTM
Sebuah Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dltubuhkan di universiti itu bagi mendidik pelajar pada peringkat pengajian tinggi agar bersama memerangi gejala rasuah.
Sekretariat itu ditubuhkan hasil usaha sama tiga pihak membabitkan Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Persatuan Pentadbir UiTM dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Pendaftar UiTM, Dr Zahrah Mokhtar, berkata program tiga penjuru itu adalah kerjasama baik bagi meningkatkan integriti dan menghindarkan gejala rasuah membabitkan masyarakat.
Katanya, nilai integriti harus dipupuk dalam kalangan pelajar kerana ia adalah maruah yang tidak boleh dijual beli,diwarisi dan ditukar dengan wang ringgit. Aspek integriti perlu dipamerkan warga UiTM dan pelajar perlu memperagakan nilai integriti seperti bersih, cekap dan jujur dalam diri masing·masing. "Penularan penyakit rasuah dalam masyarakat akan memberi kesan negatif kepada negara. Rasuah adalah manfaat yang bercanggah daripada sisi undang-undang," katanya ketika merasmikan penubuhan sekretariat itu dan pameran mengenainya di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM, disini, kelmarin.
Hadir sama, Pengarah, SPRM Selangor, Datuk Ja'afar Mahad, Ketua Pustakawan PTAR, Haron Wee Ah Boo dan kakitangan serta pelajar UiTM. Sekretariat ltu adalah yang kedua ditubuhkan selepas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM). Kajian yang pernah dihasilkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum ini menunjukkan 35 peratus pelajar institut pengajian tinggi akan menerima rasuah jika berpeluang.
Ja'afar pula berkata, program itu diharap dapat mendedahkan pelajar mengenai ketelusan dan integriti apabila mereka memasuki alam pekerjaan kelak. "Kami perlu mengubah pemikiran masyarakat dan selepas ltu kita akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Penubuhan sekretariat SPRM ini dilihat dapat memberi pendidikan terhadap pencegahan rasuah," katanya.
oleh Nor Hatina Shuib Berita Harian.
(sumber: PerpustakaanUiTM.blogspot.com)
Subscribe to:
Posts (Atom)

