Photobucket

Monday 5 December 2011

Round Table Discussion III - RTD III




Pada 27 Oktober sehingga 29 Oktober 2011 yang lalu, SPR-UiTM telah mengadakan sebuah lagi program "Round Table Discussion III" atau RTD III selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM ).

Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar terutamanya exco SPR-UiTM untuk menerima ilmu pengetahuan mengenai pelaksanaan program Anti Rasuah SPR-IPT.Disamping itu, RTD ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan perhubungan yang baik sesama pelajar IPT yang lain dengan bertemakan “Anda Boleh Lakukan Perubahan, Perangi RASUAH”. Tambahan pula, RTD ini juga mampu membuka minda pelajar-pelajar UiTM terhadap pentingnya pengetahuan kepada asas-asas Rasuah terutamanya dalam mencegah gejala rasuah.

Seperti RTD yang telah berlangsung di universiti tempatan lain sebelum ini, SPR-UiTM turut merangka aktiviti sebagai pengisian sepanjang RTD III ini dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung termasuklah ; sesi perkenalan bersama wakil sekretariat daripada SPR-USM, pembentangan program lepas yang telah dijalankan oleh kedua-dua sekretariat, sesi soal jawab mengenai masalah-masalah yang dihadapi sepanjang tertubuhnya sekretariat masing-masing dan juga cara pengendalian sekretariat. Program ini juga berkonsepkan perbincangan diantara SPR-UiTM bersama SPR-IPT yang lain. Oleh itu, sedikit sebanyak aktiviti yang turut diadakan juga melibatkan taklimat mengenai aktiviti pencegahan rasuah dan juga lawatan ke pejabat Sekretariat Pencegahan Rasuah yang berkenaan.


2 comments:

lonely said...

blog ni cam x aktif je..dah mati ek...::))

Admin said...

Admin: Ada lagi . cuma Admin busy , nanti akan ada banyak update untuk program seterusnya.