Photobucket

Friday 18 March 2011

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Selangor Ke UiTM Shah Alam



SHAH ALAM – Bagi memastikan kerjasama yang berterusan dalam usaha pencegahan jenayah rasuah di kalangan bakal graduan dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM Shah Alam, YBhg Prof. Dato’ Dr Abdullah bin Mohamad Said pada 22 Februari 2011 bertempat di Bangunan Canseleri, Universiti Teknologi Mara UiTM Shah Alam.

Delegasi di ketuai oleh Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Ja’afar bin Mahad, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Selangor, P/PKPj Hjh Noraini bt Mohamad, PPs Muhammad Zamani bin Othman serta Penasihat Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM En Mohamed Faeiz bin Alwee.

Pertemuan selama hampir 45 minit itu, membincangkan peluang serta usaha-usaha yang dapat dimainkan oleh pihak IPT di dalam menyebar luaskan agenda kerajaan di dalam usaha memerangi jenayah rasuah kepada bakal-bakal graduan dan komuniti pelajar. Peluang dan kesempatan ini juga di gunakan oleh pihak SPRM Selangor di dalam memperjelaskan peranan dan tanggungjawab Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM.

Ini kerana wujud segelintir pihak pengurusan Institusi Pengajian Tinggi yang menyalah ertikan kewujudan Sekretariat tersebut sebagai ejen kepada pihak SPRM dan bukan sebagai sebuah badan atau pertubuhan pelajar, di bawah Hal Ehwal Pelajar yang berperanan, menyebar luaskan mesej membenci rasuah kepada semua komuniti universiti tersebut.

Di akhir sesi tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM Shah Alam, Prof. Dato’ Dr Abdullah bin Mohamad Said, bersetuju akan sentiasa bersama-sama dan bekerjasama dengan pihak SPRM Selangor di dalam memberikan sokongan yang berterusan terhadap usaha-usaha pencegahan rasuah di kalangan warga komuniti universiti oleh Sekretariat yang telah ditubuhkan.


No comments: