Photobucket

Saturday 22 October 2011

Majlis Perasmian Pejabat SPR UiTM 2011



Pada 27 September 2011 yang lepas, majlis perasmian pejabat  Sekretariat  Rasuah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah diadakan bertempat di Kolej Kediaman Meranti kampus tersebut.

Majlis dirasmikan oleh Prof. Madya Yaziz Hj Ahmad selaku Pengarah Pusat Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM Shah Alam; Penasihat SPR UiTM, Mohamed Faeiz bin Alwee dan Pengetua Kolej Kediaman Meranti, Ahmad Azahari Bin Mohd Nazar. Turut hadir P/Ps Baharudin Bin Bahaman selaku wakil Pengarah SPRM Selangor serta para pegawai Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor dan Amir Omar bersama Sekretariat Pencegahan Rasuah UIAM, Gombak. Majlis juga diserikan dengan kehadiran hampir 60 orang merangkumi kakitangan UiTM, Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM serta para pelajar UiTM.

Di dalam ucapan perasmian Prof Madya Yaziz Hj Ahmad, beliau amat mengalu-alukan program sebegini di mana melalui sekretariat ini para pelajar dapat diterapkan supaya membenci rasuah daripada awal lagi bagi persiapan mereka sebelum bekerja kelak. Beliau juga berharap pelbagai program usahasama dapat dijalinkan daripada semasa ke semasa bagi memastikan usaha-usaha membanteras rasuah ini dapat dijalankan secara berterusan. Ini kerana dengan penularan penyakit rasuah dalam masyarakat akan memberi kesan negatif kepada negara. Nilai integriti harus dipupuk di kalangan pelajar kerana mereka ini bakal pelapis pemimpin akan datang dan akan melahirkan pemimpin yang bersih daripada rasuah.




No comments: