Photobucket

Thursday 30 June 2011

Lawatan Sambil Belajar oleh Pelajar Daripada UiTM Cawangan Pahang, Kampus Kuantan Ke SPRM

Pada 10 Jun 2011, delegasi seramai 35 orang pelajar Program Asasi Undang-Undang Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Kuantan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dan taklimat Pencegahan dan Peranan SPRM yang telah disampaikan oleh PPs Ahmad Asyraf Bin Adnan daripada Cawangan Pendidikan. Para pelajar turut didedahkan dengan maklumat-maklumat organisasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, peranan dan fungsi-fungsi SPRM, bidang kuasa SPRM dan punca-punca berlakunya gejala rasuah. Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan kepada pihak universiti sebagai tanda kenang-kenangan. Para pelajar turut dibawa melawat ke Galeri SPRM. Dengan adanya lawatan ini secara tidak langsung, para pelajar dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang kesan-kesan buruk jenayah rasuah.  Di samping itu, dapat memupuk kerjasama dalam usaha memerangi rasuah dengan menjadikan pelajar-pelajar IPT sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat dalam dan luar kampus.




 sumber: Portal Rasmi SPRM.