Photobucket

Monday 18 April 2011

SPR-UiTM Challenge 2011




Bermula 1-3 April 2011, Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menganjurkan Program SPR-UiTM Challenge bertempat di Kem El-Azzhar, Banting. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Rakan dan Ahli Jawatan Kuasa SPR UiTM terlibat dalam menjayakan program yang telah diatur selama 3 hari tersebut.

Program SPR-UiTM Challenge 2011 ini diadakan sebagai asas pengetahuan pertama kepada semua Rakan dan Ahli Jawatan kuasa SPR UiTM yang baru di lantik dalam merancang dan mengendali program-program berkonsepkan pendidikan pencegahan rasuah dan nilai-nilai murni di kalangan warga kampus.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut yang mana mendidik dan melatih mereka untuk sentiasa berfikiran kreatif diluar kotak pemikiran (out of the box). Tidak ketinggalan juga, sesi mengenali potensi diri dan pembentukan semangat kerjasama berpasukan sebagai sebuah organisasi.



Program tersebut juga menjemput Ps Dr. Celemans bin Hj Kasim daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM Putrajaya yang juga merupakan seorang pakar motivasi, menyampaikan ceramah beliau bertajuk “Menyingkap Tirai Minda”. Sesi ceramah yang cukup bersemangat yang disampaikan oleh Ps Dr. Celemans itu  berjaya membuka minda dan menyentuh perasaan peserta.


Dalam memahami prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak universiti, pihak SPR UiTM tidak ketinggalan menjemput wakil daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Cik Suriati binti Baharudin bagi menerangkan prosedur-prosedur berkaitan pelaksanaan sesebuah program dan keperluan-keperluan lain. Peluang ini diambil oleh semua peserta bertanya bagi mendapatkan maklumat yang jelas berhubung perkara berkaitan. 




Selain ceramah dan taklimat, peserta juga dilibatkan di dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK), permainan minda, pembentangan secara individu mahupun berkumpulan serta tidak ketinggalan aktiviti fizikal “High Rope” yang menguji keyakinan dan semangat jati diri setiap peserta.

Selain daripada itu, kemeriahan program turut diserikan dengan penglibatan sama Penasihat SPR UiTM, Encik Muhamed Faeiz bin Alwee dan para pegawai SPRM Selangor yang diundang sebagai fasilitator dalam membantu memberi nasihat, merancang dan merangka aktiviti serta menerangkan berkaitan jenayah rasuah dan kaedah-kaedah pencegahan. Kumpulan 6 orang pegawai SPRM Selangor  yang di ketuai oleh P/PKPj Hjh Noraini binti Mohamad  turut bersama-sama peserta sepanjang program berlangsung.



sumber : Portal Rasmi SPRM
 

No comments: