Photobucket

Monday 5 December 2011

Round Table Discussion III - RTD III




Pada 27 Oktober sehingga 29 Oktober 2011 yang lalu, SPR-UiTM telah mengadakan sebuah lagi program "Round Table Discussion III" atau RTD III selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM ).

Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar terutamanya exco SPR-UiTM untuk menerima ilmu pengetahuan mengenai pelaksanaan program Anti Rasuah SPR-IPT.Disamping itu, RTD ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan perhubungan yang baik sesama pelajar IPT yang lain dengan bertemakan “Anda Boleh Lakukan Perubahan, Perangi RASUAH”. Tambahan pula, RTD ini juga mampu membuka minda pelajar-pelajar UiTM terhadap pentingnya pengetahuan kepada asas-asas Rasuah terutamanya dalam mencegah gejala rasuah.

Seperti RTD yang telah berlangsung di universiti tempatan lain sebelum ini, SPR-UiTM turut merangka aktiviti sebagai pengisian sepanjang RTD III ini dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung termasuklah ; sesi perkenalan bersama wakil sekretariat daripada SPR-USM, pembentangan program lepas yang telah dijalankan oleh kedua-dua sekretariat, sesi soal jawab mengenai masalah-masalah yang dihadapi sepanjang tertubuhnya sekretariat masing-masing dan juga cara pengendalian sekretariat. Program ini juga berkonsepkan perbincangan diantara SPR-UiTM bersama SPR-IPT yang lain. Oleh itu, sedikit sebanyak aktiviti yang turut diadakan juga melibatkan taklimat mengenai aktiviti pencegahan rasuah dan juga lawatan ke pejabat Sekretariat Pencegahan Rasuah yang berkenaan.


Kempen SPR-UiTM 2011



Pada 11 Oktober sehingga 14 Oktober 2011 yang lalu, SPR-UiTM telah mengadakan program "Kempen SPR-UiTM 2011", bertempat di Menara Sultan Abdul Aziz Shah, UiTM Kampus Induk Shah Alam.

Tujuan utama aktiviti Expo SPR-UiTM 2011  diadakan adalah untuk mendapatkan seberapa banyak penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah. Penglibatan seperti ini dilihat sebagai suatu langkah pelaksanaan aktiviti pelajar seterusnya menilai tahap kecekapan SPR-UiTM mengendalikan sesuatu aktiviti. Disamping itu, kempen ini bukan sahaja menggalakkan pelajar terutamanya pelajar UiTM untuk menerima ilmu pengetahuan mengenai rasuah, malah program ini juga mampu membuka minda pelajar-pelajar UiTM terhadap pentingnya pengetahuan kepada asas-asas rasuah terutamanya dalam mencegah gejala rasuah .

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada hari berkenaan termasuklah kuiz mengenai rasuah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Selain itu,  penerangan mengenai maklumat rasuah dan sekretariat, bagaimana cara untuk member maklumat, hukuman dan akibat mengambil rasuah turut diadakan.






Round Table Discussion II - RTD II




Pada 7 Oktober sehingga 9 Oktober 2011 yang lalu, ahli SPR-UiTM telah mengadakan program ‘Round Table Discussion II’ atau secara ringkasnya, RTD II.

Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara warga Universiti dan juga pihak pengurusan Universiti  khasnya Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR-UiTM). Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara SPR-IPT yang dapat dipupuk menerusi aktiviti sekretariat yang saban kali dijalankan di setiap semester. Bahkan program ini juga mampu melahirkan pelajar yang aktif bukan sahaja dalam akademik akan tetapi juga dalam semua aspek.

RTD II ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam; bertempat di Universiti Sains Malaysia ( USM ) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung termasuklah ; sesi berkenalan bersama wakil sekretariat dari SPR-USM, perbentangan program yang pernah dijalankan oleh kedua-dua sekretariat,  sesi soal jawab mengenai masalah yang dihadapi (dan cara pengendalian sekretariat), perbincangan berkumpulan bersama SPR-UPSI mengenai program-program yang telah berlangsung dan akan berlangsung,dan juga sesi ceramah mengenai rasuah yang telah disampaikan oleh wakil dari PenMas Pulau Pinang.