Photobucket

Friday, 18 March 2011

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Selangor Ke UiTM Shah Alam



SHAH ALAM – Bagi memastikan kerjasama yang berterusan dalam usaha pencegahan jenayah rasuah di kalangan bakal graduan dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM Shah Alam, YBhg Prof. Dato’ Dr Abdullah bin Mohamad Said pada 22 Februari 2011 bertempat di Bangunan Canseleri, Universiti Teknologi Mara UiTM Shah Alam.

Delegasi di ketuai oleh Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Ja’afar bin Mahad, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Selangor, P/PKPj Hjh Noraini bt Mohamad, PPs Muhammad Zamani bin Othman serta Penasihat Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM En Mohamed Faeiz bin Alwee.

Pertemuan selama hampir 45 minit itu, membincangkan peluang serta usaha-usaha yang dapat dimainkan oleh pihak IPT di dalam menyebar luaskan agenda kerajaan di dalam usaha memerangi jenayah rasuah kepada bakal-bakal graduan dan komuniti pelajar. Peluang dan kesempatan ini juga di gunakan oleh pihak SPRM Selangor di dalam memperjelaskan peranan dan tanggungjawab Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM.

Ini kerana wujud segelintir pihak pengurusan Institusi Pengajian Tinggi yang menyalah ertikan kewujudan Sekretariat tersebut sebagai ejen kepada pihak SPRM dan bukan sebagai sebuah badan atau pertubuhan pelajar, di bawah Hal Ehwal Pelajar yang berperanan, menyebar luaskan mesej membenci rasuah kepada semua komuniti universiti tersebut.

Di akhir sesi tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM Shah Alam, Prof. Dato’ Dr Abdullah bin Mohamad Said, bersetuju akan sentiasa bersama-sama dan bekerjasama dengan pihak SPRM Selangor di dalam memberikan sokongan yang berterusan terhadap usaha-usaha pencegahan rasuah di kalangan warga komuniti universiti oleh Sekretariat yang telah ditubuhkan.


Monday, 14 March 2011

Mesyuarat Agung Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM Tahun 2011


Assalamualaikum .


Salam SPR-UiTM kepada semua rakan-rakan Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM


Mesyuarat Agung Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM

Sukacitanya dijemput semua Rakan Sekretariat untuk hadir pada ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Februari 2011
Tempat : Dewan Kuliah H, Tingkat 5, Bangunan Kejuruteraan,
UiTM Shah Alam
Masa : 8.30mlm

Kepada pelajar baru yang berminat untuk menjadi Rakan Sekretariat Pencegahan Rasuah UiTM juga dijemput hadir ke mesyuarat ini. Sila bawa sekeping gambar dan buku catatan bersama anda.

*Patuhi Sahsiah Rupa Diri UiTM

Thursday, 18 March 2010

Sekretariat Pencegahan Rasuah di UiTM




Sebuah Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dltubuhkan di universiti itu bagi mendidik pelajar pada peringkat pengajian tinggi agar bersama memerangi gejala rasuah.

Sekretariat itu ditubuhkan hasil usaha sama tiga pihak membabitkan Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Persatuan Pentadbir UiTM dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Pendaftar UiTM, Dr Zahrah Mokhtar, berkata program tiga penjuru itu adalah kerjasama baik bagi meningkatkan integriti dan menghindarkan gejala rasuah membabitkan masyarakat.

Katanya, nilai integriti harus dipupuk dalam kalangan pelajar kerana ia adalah maruah yang tidak boleh dijual beli,diwarisi dan ditukar dengan wang ringgit. Aspek integriti perlu dipamerkan warga UiTM dan pelajar perlu memperagakan nilai integriti seperti bersih, cekap dan jujur dalam diri masing·masing. "Penularan penyakit rasuah dalam masyarakat akan memberi kesan negatif kepada negara. Rasuah adalah manfaat yang bercanggah daripada sisi undang-undang," katanya ketika merasmikan penubuhan sekretariat itu dan pameran mengenainya di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM, disini, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah, SPRM Selangor, Datuk Ja'afar Mahad, Ketua Pustakawan PTAR, Haron Wee Ah Boo dan kakitangan serta pelajar UiTM. Sekretariat ltu adalah yang kedua ditubuhkan selepas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM). Kajian yang pernah dihasilkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum ini menunjukkan 35 peratus pelajar institut pengajian tinggi akan menerima rasuah jika berpeluang.

Ja'afar pula berkata, program itu diharap dapat mendedahkan pelajar mengenai ketelusan dan integriti apabila mereka memasuki alam pekerjaan kelak. "Kami perlu mengubah pemikiran masyarakat dan selepas ltu kita akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Penubuhan sekretariat SPRM ini dilihat dapat memberi pendidikan terhadap pencegahan rasuah," katanya.

oleh Nor Hatina Shuib Berita Harian.